Wednesday, February 8, 2012

Ikan hiasan jenis beranak

IKAN HIASAN JENIS
BERANAK

Modul ini akan membolehkan pelajar mengenal pasti ikan hiasan jenis beranak, membiakkan, mengasuh, memilih dan memasarkan ikan hiasan.

OBJEKTIF

1. Mengenal pasti spesies ikan hiasan jenis beranak dan bertelur.
2. Mengenal pasti jantina ikan dan memilih induk.
3. Menjalankan pembiakan ikan Guppy, Molly, Platy dan Swordtail.
4. Mengasuh benih ikan sehingga boleh dipasarkan.
5. Mengred dan membungkus ikan hiasan untuk pasaran.
6. Mengkultur Moina sp, Artemia sp dan Infusoria.

KANDUNGAN MODUL

Unit 3.1 Pembiakan ikan Guppy, Molly, Platy dan Swordtail.
Unit 3.2 Mengkultur makan hidup (Moina sp).
Unit 3.3 Mengkultur Artemia
Unit 3.4 Mengkultur Infusoria
Unit 3.5 Memilih, mengred dan membungkus ikan hiasan.


Ikan iasan d idalam akuarium
Unit 3.1 Pembiakan Ikan Guppy, Molly, Platy dan Swordtail


MAKLUMAT RUJUKAN



Pendahuluan

Ikan membiak melalui proses persenyawaan iaitu induk betina bertelur dan induk ikan jantan mengeluarkan sperma. Proses persenyawaan ini pula berlaku sama ada di dalam badan atau di luar badan induk ikan betina.

Sekiranya proses persenyawaan berlaku di dalam badan induk ikan sperma ikan jantan dimasukkan ke dalam badan ikan betina melalui urogenital. Telur yang telah tersenyawa itu disimpan dan berkembang membentuk anak lembaga di dalam badan ikan betina. Anak ikan yang telah sempurna dan boleh berenang bebas akan dilahirkan. Ikan yang bersifat seperti ini dikenali sebagai ikan jenis beranak.

Sekiranya anak yang dikandung mendapat bekalan makanan dan aliran darah induknya ia dikenali sebagai viviparous. Sekiranya anak yang dikandung mendapat bekalan makanan dan yolk sac ia dikenali sebagai ovoviviparous.


Perbezaan jantina

Dalam spesies ikan beranak sirip anal ikan jantan diubahsuai menjadi struktur yang digunakan untuk memasukkan sperma ke dalam organ pembiakan ikan betina. Struktur ini dikenali sebagai gonopodium. Kebiasaanya ikan jantan dibezakan dengan ikan betina dari perbezaan struktur ini.

Biologi pembiakan

Semasa mengawan ikan jantan akan memasukkan sperma ke dalam badan ikan betina melalui gonopodium. Ikan betina menyimpan sperma di dalam struktur yang dikenali sebagai oviduct sehingga beberapa bulan. Sebanyak 4 hingga 5 kali perindukan (brood) boleh dihasilkan dari satu pengawanan. Sebanyak 20 hingga 200 ekor anak boleh dihasilkan setiap kali beranak.











Penyediaan tempat pembiakan

Untuk mendapat kejayaan pembiakan beberapa perkara perlu diambil kira iaitu :
• Mutu air dengan kadar pH sekitar 7.5
• Air baru dan bersih
• Induk yang matang dan tidak berpenyakit
• Saiz tangki lebih 30 x 30 x 30cm dengan isipadu air lebih daripada 20 liter.
• Menyediakan sangkar pembiakan.

Tangki pembiakan

Tangki pembiakan digunakan juga sebagai substrak mengumpul anak yang dihasilkan dan tangki pembesaran. Anak ikan yang dihasilkan akan dipelihara di dalam tangki yang sama sehingga boleh dipasarkan.

Menyediakan sangkar pembiakan

Semua ikan jenis beranak cenderung untuk bersifat kanibalistik iaitu memakan anak yang baru dilahirkan. Untuk menjaga keselamatan anak-anak ikan yang baru dilahirkan dari menjadi mangsa kepada induknya sendiri atau ikan lain, sangkar yang diperbuat daripada jaring netlon atau sebarang kotak plastik yang mempunyai lubang yang membolehkan anak-anak ikan bebas keluar perlu disediakan. Alat ini dikenali sebagai sangkar pembiakan. Ukuran sangkar adalah berbeza-beza bergantung kepada kesesuaian tangki pembiakan yang digunakan.

Pemilihan induk

Induk ikan jantan dan betina perlu diasingkan terlebih dahulu sebelum anak ikan matang untuk mengelakkan dari pembiakan tidak terkawal (early pregnancy). Ini bagi memastikan pembesaran yang baik untuk induk dan anak yang dihasilkan. Induk perlu dipilih mengikut sifat-sifat tertentu yang dikehendaki. Ikan yang cacat dan warna badan yang kurang menarik tidak dijadikan induk.

Mengumpul anak

Untuk penghasilan ikan secara komersial pembiakaan dijalankan dalam tangki simen atau fiberglas yang besar (saiz tangki lebih kurang 10 x 10m). Ikan yang dihasilkan dikutip dari masa ke semasa untuk mengelakkan kesesakan dan menggalakkan induk untuk terus menghasilkan zuriat lain. Untuk mengelakkan pemangsaan ke atas anak ikan yang baru dilahirkan tangki tersebut perlu dibubuh tumbuhan akuatik seperti keladi bunting (Eichhornia crassipes) atau Hydrilla sp yang berfungsi sebagai tempat persembunyian.

Mengasuh anak

Anak ikan yang dihasilkan boleh membesar di dalam tangki yang sama dan pindahkan induk untuk pembiakan ke tangki lain. Untuk penghasilan secara komersial, anak ikan yang dihasilkan perlu ditangguk dan dipindahkan ke dalam tangki lain atau kolam tanah. Untuk menggalakkan pembesaran, anak ikan diberi makan Moina atau pellet dua kali sehari. Setelah ikan berumur 3 hingga 4 bulan dan mencapai saiz yang sesuai ikan boleh dipasarkan.












PANDUAN KERJA


BAHAN DAN PERALATAN

1. Empat buah tangki akuarium berukuran 60 x 30 x 30 cm
2. Aerator eletrik, batu angin (air stone) dan turbin udara.
3. Empat buah sangkar pembiakan. Sangkar ini boleh disediakan sendiri menggunakan jaring netlon atau membeli kotak jaring dari kedai menjual plastik.
4. Sebuah tangguk tangan.
5. 10 ekor induk setiap jenis ikan iaitu Ikan Guppy, Molly, Platy dan Swordtail. Nisbah jantan dan betina ialah 1 : 4.
6. Empat (4) jambak tumbuhan akuatik. 200 gram garam halus.
7. Satu botol larutan anti klorin (Sodium hipoklorit).
8. 50 gram sodium bikarbonat (baking powder) atau “pH down” yang boleh diperolehi dari kedai akuarium.

TUGASAN

Menghasilkan benih ikan beranak menggunakan teknik pembiakan di dalam sangkar.

PENCAPAIAN STANDARD

1. Dapat mengenal pasti spesies ikan hiasan jenis beranak.
2. Mengenal pasti jantina dan memilih induk yang matang untuk dibiakkan.
3. Mengasuh benih ikan sehingga ke saiz yang boleh dipasarkan.










LANGKAH KERJA


Penyediaan Peralatan

1. Sediakan sebuah tangki akuarium di tempat yang kurang gangguan.
2. Isikan air sebanyak ¾ bahagian.
3. Masukkan beberapa titik larutan anti klorin.
4. Masukan garam ke dalam air.
5. Pasang pengudaraan dengan kekuatan sederhana.
6. Pasangkan sangkar pembiakan.
7. Masukkan satu jambak tumbuhan air ke dalam sangkar pembiakan.
8. Biarkan tangki selama semalaman.

Melepaskan Induk

Pada keesokan harinya, lepaskan induk yang telah dipilih ke dalam sangkar pembiakan.

Pemerhatian

1. Cerapan perlu dilakukan pada waktu pagi, tengahari dan petang pada setiap hari.
2. Rekodkan kelakuan ikan semasa mengawan.

Mengasuh Benih

1. Setelah anak ikan dihasilkan induk perlu dipindahkan ke tempat lain untuk dipulihkan.
2. Anak ikan diberi makan Moina sp. atau Artemia sp sehingga berumur 2 hingga 3 minggu.
3. Selepas itu makanan ditukar kepada pellet jenis starter yang mengandungi protien 30 - 35%.

Menyediakan rekod pembiakan

Setelah ikan menghasilkan anak, rekodkan jumlah bilangan anak yang dihasilkan untuk setiap jenis.


Gambarajah menunjukkan kedudukan tangki dan sangkar pembiakan untuk membiakkan ikan Molly, Guppy Platy dan Swordtail

















Sangkar pembiakan digunakan untuk membiakkan Black Molly

Gambar rajah di atas menunjukkan kedudukan peralatan seperti sangkar pembiakan, tumbuhan akuarium plastik dan induk untuk membiakkan ikan jenis beranak. Jarak antara bahagian bawah sangkar pembiakan dan tangki pembiakan ialah lebih kurang 5 hingga 10cm. Tumbuhan plastik digunakan untuk merangsang pembiakan dan diletakkan di bahagian luar sangkar pembiakan.











REKOD PEMBIAKAN

Nama pelajar :
Tingkatan :
Bil Perkara Catatan
1 Jenis ikan
2 Saiz tangki
3 Mutu air
4 Penyediaan air
5 Pengudaraan
6 Perangkap telur
(breeding trap)
7 Media pembiakan
8 Induk ikan
9 Bilangan induk
10 Tarikh masuk induk
11 Tarikh membiak
12 Tarikh telur menetas
13 Makanan anak ikan
14 Kelakuan anak ikan


PENILAIAN


Jawab semua soalan

1) Berikan 4 contoh ikan hiasan jenis beranak yang biasa terdapat di pasaran negara kita
a. ...........................................................
b. ...........................................................
c. ...........................................................
d. ...........................................................

2) Namakan alat pembiakan yang digunakan untuk memasukkan sperma ke dalam badan ikan betina jenis beranak.
.......................................................................................................................

3) Apakah fungsi sangkar pembiakan.
............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

4) Nyatakan sifat-sifat ikan hiasan jenis beranak.
............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................





5) Anak ikan mendapat bekalan makanan dan darah dari induknya yang
dikenali sebagai

A. Viviparous
B. Ovoviviparous
C.Beranak (livebearer)
D. Bukan semua yang di atas.

5) Apakah makanan yang paling sesuai untuk anak ikan jenis beranak pada awal perkembangannya.

A. Pellet
B. Moina sp.
C. Rumpair
D. Kuning telur


6) Kriteria yang baik bagi ikan untuk dijadikan induk.
A. Warna menarik, mata yang berkilat dan sirip yang lebar
B. Warna menarik, badan tidak cacat dan tidak berpenyakit
C. Mempunyai ciri istimewa, warna menarik dan tidak berpenyakit.
D. Mata yang tajam, warna menarik dan cepat membesar.










Unit 3.2 Mengkultur makanan hidup (Moina sp)


MAKLUMAT RUJUKAN


Pengenalan

Moina sp. atau kutu air ialah sejenis zooplankton yang boleh didapati di dalam ekosistem air tawar. la sangat sesuai untuk ikan akuarium. Mengandungi protein sekitar 35% daripada berat basah. Moina dewasa berukuran 1.0 mm dan berwama merah atau coklat. Apabila keadaan sesuai Moina akan membiak dengan mudah. Populasi Moina boleh didapati dengan banyaknya di dalam tangki najis selepas hujan.



Moina yang baru dikumpulkan Moina di bawah mikroskop

Kaedah mengkultur Moina sp

Baja tahi ayam atau hampas kacang soya digunakan untuk mengkultur Moina. Kira-kira 1kg baja tadi dimasukkan ke dalam guni dan direndamkan di dalam 1m padu air selama lebih kurang 3 hari. Populasi Moina akan kelihatan selepas hari ke 5 hingga 7. Kadang-kadang pencapaian ini berlaku pada hari ke 8 hingga ke 11. Untuk mendapat bekalan Moina yang berterusan, baja pada kadar 100g dalam 1m3 perlu ditambah dari masa ke semasa apabila populasinya semakin berkurangan.

Kaedah mengumpul Moina

Moina sp. boleh dikumpulkan menggunakan tangguk yang diperbuat dari kain yang halus. Moina akan naik ke permukaan air pada waktu pagi sekitar jam 9.00 hingga 10.00 pagi kerana, ini adalah waktu yang sesuai untuk mengutipnya. Moina yang dikumpul perlu ditapis sebelum diberikan kepada ikan.





















PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN

1. Sebuah tangki fiberglass atau plastik berukuran 1m3 dan tingginya sekitar 50cm.
2. Satu kilogram baja tahi ayam atau hampas kacang soya kering.
3. Sebuah tangguk tangan.
4. Sebuah baldi.
5. Sedikit benih Moina sp yang diperoleh dari air kolam ternakan ikan atau dibeli dari kedai akuarium.

TUGASAN

Menghasilkan Moina untuk makanan anak ikan dan induk.

PENCAPAIAN STANDARD

1. Menyediakan tangki mengkultur Moina.
2. Menyemai benih Moina dalam tangki kultur
3. Mengutip Moina dari tangki kultur.
4. Membersihkan Moina dari bahan asing.





LANGKAH KERJA

Mengkultur Moina

1. Letakkan tangki fiberglass di bawah cahaya matahari.
2. Isikan ¾ penuh tangki fiberglass dengan air paip
3. Masukkan sedikit larutan anti klorin ke dalam air itu dan biarkan semalaman.
4. Masukkan baja yang telah ditimbang ke dalam tangki berisi air
5. Biarkan selama 2 hingga 3 hari.
6. Masukkan sedikit benih Moina yang dibeli di kedai akuarium atau satu baldi air yang diambil dari kolam ternakan ikan.
7. Beri pengudaraan.
8. Biarkan campuran itu selama lebih kurang seminggu.
9. Buat pemerhatian setiap hari sehingga kelihatan organisma berwarna merahan terbentuk dan bergerak-gerak pada waktu pagi.

Mengutip Moina

1. Sekitar jam 9.00 ke 10.00 pagi semasa matahari sedang terik Moina akan kelihatan di permukaan air .
2. Dengan menggunakan tangguk kutip sebahagian organisma tersebut sekadar mencukupi untuk makanan ikan yang diternak.
3. Cuci Moina dengan menggunakkan air bersih dan buangkan benda asing yang terdapat di dalamnya sebelum diberi kepada anak ikan.
4. Moina yang terhasil dengan banyak boleh dikumpul, dibersih dan disimpan di dalam peti sejuk untuk kegunaan pada masa akan datang.







PENILAIAN

Jawab semua soalan


1. Miona juga dikenali sebagai makanan hidup. Nyatakan dari kumpulan apakah organisma ini tergolong?
.....................................................................................................................

2. Dimanakah habitat semula jadi organisma Moina sp ini boleh didapati
....................................................................................................................

3. Kenapakah Moina sp perlu dicuci terlebih dahulu sebelum diberikan kepada anak ikan sebagai makanan.
..............................................................................................................................................................................................................................................

4. Apakah fungsi tahi ayam dan hampas kacang soya yang direndam di dalam air kultur Moina sp.
..............................................................................................................................................................................................................................................

5. Kandungan protien Moina ialah sekitar

A. 35% B. 50% C. 40%
D. 50% E. 60%






6. Waktu yang paling sesuai untuk mengutip Moina sp ialah sekitar

A. 9.00 -10.00 pagi.
B. 7.00 -8.00 pagi
C. 9.00 -10.00 malam
D. 12.00 - 1.00 tengah hari.
E. 5.00 - 6.00 petang

7. Di manakah Moina sp. boleh ditemui dengan banyak pada musim tertentu

A. Sungai
B. Empangan
C. Tangki kumbahan
D. Kolam ternakan ikan
E. Tangki ternakan ikan


















3.3 Mengkultur Ertemia sp.

MAKLUMAT RUJUKAN

Pendahuluan

Arlemia sp. atau Brine Shrimp ditemui secara semula jadi di negara sejuk, di ekosistem tasik berair masin seperti Great Salt Lake, Amerika Syarikat. Pada musim sejuk Arlemia akan membentuk sista (cyst) iaitu telur dorman yang berkulit keras. Benih Artemia boleh hidup sehingga beberapa tahun dan akan menetas semula apabila persekitaranya sesuai. Sista ini menetas menghasilkan larva yang dikenali sebagai nauplii.

Nauplii Artemia ini merupakan makanan yang berkhasiat untuk anak ikan yang baru menetas kerana saiznya yang kecil dan mudah ditelan oleh anak ikan yang baru mulai makan. Sista yang terdapat di pasaran adalah diperoleh dari habitat semula jadi. lanya dikeringkan, dibungkus dan dipasarkan ke seluruh dunia. Sista ini akan menetas dalam masa 1 hingga 2 hari apabila dimasukkan di dalam air laut atau air masin.



Sista Artemia Artemia yang baru menetas





Cara menetaskan telur brine shrimp

Sista Artemia yang ditinkan boleh dibeli dari pembekal tempatan. Air laut atau air garam dengan tahap kemasinan (salinity) 28 hingga 35ppt (bahagian per juta) digunakan untuk menetaskannya. Sekiranya air laut sukar diperolehi, boleh digunakan air tawar yang dilarutkan 30gm garam kasar ke dalam 11 liter air.
Sista Artemia direndam dalam air tawar selama ½ hingga 1 jam untuk mengembangkannya. Kemudian sista yang telah direndam itu ditoskan dan dicampurkan cecair peluntur sambil diberi pengudaraan untuk melembutkan bahagian luar kulitnya (chorion) selama 7 hingga 10 minit sehingga warnanya bertukar menjadi merah bata. Kemudian dibilas beberapa kali dengan air bersih. Sista yang telah dibilas tadi dimasukkan ke dalam larutan air masin yang telah disediakan terlebih dahulu dengan diberi pengudaraan yang kuat. Larva akan dihasilkan dalam masa 24 hingga 48 jam. Sista yang menetas akan menghasilkan nauplii yang boleh digunakan untuk makanan anak ikan. Larva Artemia ini dapat hidup sehingga 3 minggu di dalam larutan garam tanpa diberi sebarang makanan.

Cara mengumpul Nauplii Artemia

Untuk mengumpulkannya, pengudaraan diberhentikan terlebih dahulu supaya ianya mendap ke bawah dan mudah untuk disedut keluar ke dalam tapisan. la juga boleh ditangguk terus dari dalam tangki penetasan.

Kaedah memberi makan anak ikan

Ikan tidak akan makan melebihi dari kadar kemampuannya. Terlalu banyak memberi makan akan hanya mengotorkan dan mencemarkan air. Kualiti air yang merosot akan menyebabkan kematian. Oleh kerana itu ikan perlu diberi makan sekadar kenyang. Cara ini dikenali sebagai ad libitum. Amalan yang baik ialah dengan cara kerap memberi makan dengan jumlah yang sedikit bukan sekali memberi makan dengan kadar yang berlebihan.


PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN

1. Sebuah aerator letrik.
2. Sebuah tong plastik isipadu 100 liter.
3. 75 liter air
4. 225gm garam halus
5. Sebuah tangguk plankton
6. Satu botol cecair peluntur.

TUGASAN

Menghasilkan Artemia untuk makanan anak ikan dan induk.

PENCAPAIAN STANDARD

1. Menyediakan tangki menetaskan Artemia.
2. Menyediakan larutan air garam 30ppt untuk media penetasan.
3. Mengutip Artemia dari tangki kultur.
4. Memberi makanan anak ikan secara ad libitum.


Artemia di bawah mikroskop Sista Artemia di dalam di dalam tin




LANGKAH KERJA

Menyediakan larutan garam 30ppt

1. Isikan tong plastik dengan air .
2. Larutkan garam di dalam air
3. Berikan pengudaraan yang kuat selama semalaman.

Melarutkan kulit Sista Artemia

1. Rendam sista Artemia dengan air tawar selama ½ hingga 1 jam.
2. Kemudian toskan dan dicampurkan cecair peluntur (chlorox bleach) sambil diberi pengudaraan selama 7 hingga 10 minit sehingga warnanya bertukar menjadi merah bata.
3. Kemudian bilaskan beberapa kali dengan air bersih sehingga tidak berbau cecair peluntur .
4. Sista yang telah dibilas dimasukkan ke dalam larutan air masin yang telah disediakan.
5. Beri pengudaraan yang kuat sehingga Artemia menetas.

Mengumpul larva Artemia

1. Berhentikan pengudaraan
2. Apabila larva Artemia telah mendap ke bawah sedut keluar ke dalam tapisan yang diperbuat dari kain halus.
3. Larva Artemia juga boleh ditangguk terus dari tangki penetasan dalam jumlah yang diper\ukan untuk anak ikan.







PENILAIAN

Jawab semua soalan

1. Apakah tujuan merendam sista Artemia dengan larutan peluntur yang disejukkan sebelum ditetaskan.
..............................................................................................................................................................................................................................................

2. Berapakah kadar kepekatan larutan garam yang digunakan untuk menetaskan Artemia sp.?
..............................................................................................................................................................................................................................................

3. Sista Artemia yang menetas menghasilkan tetasan yang dikenali sebagai

A. Larva
B. Nauplii
C. Berenga
D. Rega
E. Anak

4. Memberi makanan kepada ikan sekadar kenyang dikenali sebagai

A. in situ
B. ad libitum
C. parameter
D. ad hoc
E. in vitro



5. Sebutkan tiga jenis anak ikan yang sesuai diberi makanan Artemia pada peringkat umur selepas yolk sac?

a) ....................................................
b) ...................................................
c) ...................................................
d) .................................................






















Unit 3.4 Mengkultur Infusoria


MAKLUMAT RUJUKAN

Pendahuluan

Infusoria ialah istilah yang diberi kepada mikro organisma yang terdapat di dalam air yang mengandungi bahan-bahan reput. la merupakan makanan halus (mikroskopik) dalam air yang sangat sesuai dimakan oleh anak ikan yang baru menetas. la adalah satu daripada Class Protozoa (organisma satu sel) yang dipanggil Cilliata. Protozoa bergerak dengan menggunakan cillia pada badannya. Nauplii Cyclops, dan Nauplii Rotifers juga tergolong dalam kumpulan Infusoria. la kelihatan seperti habok samada berwarna hijau, jernih atau coklat. Infusoria biasanya ditemui di dalam air tawar dan air masin, di tempat lembab dan perairan yang mengandungi bahan organik dan bahan reput.

Kaedah mengkultur Infusoria

Bahan yang digunakan untuk mengkultur Infusoria adalah seperti daun kobis busuk, daun salad, bayam, rumput kering, kuning telur, tahi lembu, kulit pisang dan berbagai-bagai lagi. Air suling, air hujan, air kolam (dididihkan) juga boleh digunakan untuk mengkultur Infusoria. pH air hendaklah sekitar pH 8-9. Pengudaraan adalah diperlukan terutama semasa pereputan sedang berlaku.

Sehelai daun kobis direndam di dalam 4.5 liter air. Selepas 24 jam masukkan air kolam atau air hijau. Dalam masa 7 hingga 10 hari air itu akan dipenuhi Infusoria. Sehelai daun kobis perlu ditambah selang 10 hari supaya kultur itu berterusan. Pertumbuhan Infusoria dikenalpasti bila kelihatan seperti habuk yang bergerak-gerak di dalam air.

Kegunaan Infusoria

Infusoria sesuai digunakan untuk makanan kebanyakan ikan hiasan kecil seperti spesies Barb, Tetra, Danios dan Anabantid. Penggunaan Infusoria sebagai makanan di peringkat mulai berenang akan menghasilkan kadar hidup dan hasil yang lebih tinggi.

Keadah memberi makan ikan menggunakan Infusoria

Infusoria hanya sesuai untuk diberikan kepada anak ikan di peringkat awal selepas anak ikan mulai berenang kerana saiznya yang halus dimana kebanyakan makanan hidup seperti Moina sp dan Artemia sp terlalu besar untuk anak ikan tersebut. Kadar yang berlebihan akan memberi kesan buruk kepada anak ikan, ini akan menyebabkan pencemaran air yang boleh menyebabkan kematian kepada semua anak ikan. Sebanyak 40 hingga 50 ml larutan Infusoria boleh dimasukkan ke dalam 40 hingga 50 liter larutan ternakan setiap hari. Kebiasaannya memberi makanan anak ikan menggunakan Infusoria akan menghasilkan bau air yang kurang menyenangkan.



Air hijau yang mengandungi plankton dihasilkan di tangki




PANDUAN KERJA

PANDUAN KERJA

1. Sebuah tangki atau tong plastik berisi padu 500 liter.
2. Satu kilogram sayuran lembut seperti kobis, sawi atau bayam
3. 400 liter air paip

TUGASAN

Menghasilkan Infusoria untuk makanan pelbagai jenis anak ikan hiasan.


PENCAPAIAN STANDARD

1. Menyediakan tangki kultur Infusoria dengan kaedah yang mudah dan ekonomik.
2. Mengutip Infusoria dari tangki kultur.
3. Memberi makanan kapada anak ikan secara ad libitum.





















LANGKAH KERJA

Penyediaan peralatan

1. Isikan tangki atau tong berisipadu 500 liter sebanyak lebih kurang ¾ bahagian air paip atau air hujan.
2. Letakkan tangki tersebut di bawah pancaran matahari.
3. Berikan pengudaraan dan biarkan semalaman.
4. Masukkan sayuran yang telah ditimbang ke dalam tangki.
5. Biarkan lagi selama satu malam.

Memasukkan benih Infusoria

Masukkan satu baldi air yang diambil dari kolam atau tangki ternakan ikan. Air dari tangki ternakan digunakan kerana ianya mengandungi benih-benih mikro organisma semula jadi.

Mengutip hasil Infusoria

1. Dalam tempoh seminggu air kultur ini akan kelihatan dipenuhi mikro organisma. Pertumbuhan koloni Infusoria dikenalpasti bila kelihatan seperti habuk yang bergerak-gerak di dalam air.
2. Gunakan tangguk tangan yang paling halus untuk menangkap Infusoria. Waktu yang paling sesuai untuk mengumpul zooplankton ini ialah sekitar jam 8 hingga 9 pagi iaitu semasa mata hari sedang naik.
3. Infusoria sesuai digunakan untuk makanan kebanyakan ikan hiasan kecil seperti spesies Barb, Tetra, Danios dan Anabantid.






LATIHAN

Jawab Semua Soalan

1. Infusoria ialah sejenis ......................... ............................... yang terdapat di dalam air yang mengandungi bahan-bahan reput. Ia sesuai untuk makanan .......................... dan ........................... . Infusoria tergolong dalam kumpulan ...................................

2. Senaraikan dua jenis mikro organisma yang termasuk dalam kumpulan Infusoria.
a) ...................................................
b) ...................................................

3. Senaraikan tiga jenis bahan yang boleh digunakan untuk meningkatkan populasi Infusoria dan tangki kultur.
a) ...................................................
b) ...................................................
c) ..................................................

4. Senaraikan tiga jenis anak ikan yang boleh diberi makan Infusoria sebagai makanan pertamanya.
a) ....................................................
b) ...................................................
c) ..................................................




5. Mengapakan Infusoria lebih sesuai digunakan untuk makanan pertama selepas anak ikan mulai berenang.
.....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

6. Bagaimanakah caranya untuk memastikan koloni Infusoria telah terbentuk dengan banyak di dalam larutan kultur ?

A. Apabila warna air telah berubah kepada warna hijau.
B. Terdapatnya habuk putih yang bergerak-gerak di dalam air.
C. PH air turun kepada tahap asidik.
D. Bahagian permukaan air dipenuhi serangga.

7. Mengapakah Infusoria tidak boleh diberikan kepada anak ikan dengan kadar berlebihan ?

A. Larutan kultur akan mencemarkan air dan boleh menyebabkan anak ikan mati.
B Anak ikan akan bersaing dengan mikro organisma untuk mendapat oksigen.
C. pH air akan menurun.
D. Anak ikan akan terlalu kenyang dan boleh mengakibatkan kematian.




8. Pilih faktor yang tidak berkaitan mengapa pengusaha ikan hiasan lebih suka menyediakan sendiri Infusoria ?

A. Lebih ekonomik kerana boleh disediakan dari bahan-bahan buangan.
B. Lebih bersih dan bebas dari penyakit berbanding dengan plankton yang dikutip dari tangki kumbahan.
C. Harga di pasaran terlalu mahal dan tidak ekonomik.
D. Dengan memberi makan Infusoria akan menghasilkan kadar kehidupan anak yang tinggi.

















Unit 3.5 Memilih, mengred dan membungkus ikan


MAKLUMAT RUJUKAN

Pendahuluan

Di dalam industri ikan hiasan proses memilih, mengred dan membungkus ikan merupakan aspek yang sangat penting terutama bagi industri yang melibatkan urusniaga eksport.

Pemilihan ikan berkualiti

Proses memilih ikan yang berkualiti memerlukan kemahiran dan pengalaman dimana hanya ikan berkualiti dan memenuhi mutu peminat ikan hiasan semasa yang akan dipilih untuk dipasarkan samada di eksport atau dipasaran tempatan. Ikan-ikan yang kurang berkualiti biasanya akan dipasarkan untuk kegunaan tempatan atau dieksport sebagai makanan ikan karnivor.
Pemilihan ini dijalankan kepada dua peringkat iaitu semasa peringkat fry dan peringkat juvenil.

Pemilihan diperingkat Fry

Anak ikan yang telah berumur sekitar 2 hingga 3 minggu akan dipilih berdasarkan morfologi yang menarik dan memenuhi mutu semasa. Ikan yang cacat atau yang tidak diperlukan akan dihapuskan atau dijual dengan harga yang murah sebagai makanan ikan karnivor. Proses ini biasanya dijalankan dalam industri pembenihan ikan Emas dan ikan Koi.





Pemilihan diperingkat juvenil

Ikan yang telah mencapai saiz maksimum akan dipilih sekali lagi berdasarkan morfologi yang dikehendakki. Sekali lagi ikan yang kurang bermutu akan diasingkan dari ikan yang bermutu. Ikan hiasan ini akan dipasarkan berdasarkan gred yang telah ditentukan. Proses ini biasanya dijalankan dalam industri pengeluaran ikan Emas dan Koi.

Pemilihan berdasarkan jantina

Ikan jantan biasanya mempunyai warna yang lebih menarik dan berharga lebih mahal dari ikan betina. Ikan betina pula biasanya kurang menarik. Ianya sama ada boleh dipasarkan dengan harga yang murah untuk makanan ikan karnivor, dijadikan bakal induk atau dimusnahkan. Proses ini biasanya dijalankan dalam industri pengeluaran ikan Sepat, ikan Pelaga dan dwarf gourami.

Ikan Guppy jantan mempunyai warna ekor yang lebih panjang dan berwarna-warna sementara ikan betina tidak mempunayi warna yang menarik. Ikan jantan akan dipilih semasa ikan masih diperingkat anak dan diasingkan dari induk betina. Ianya dibesarkan hingga boleh dipasarkan. Dikalangan jantan ini juga akan terhasil baka atau strain yang pelbagai dan perlu pemilihan seterusnya. Ikan betina akan dijual dengan harga yang murah untuk makanan ikan.

Pemilihan berdasarkan variety

Dalam sesetengah jenis ikan pembiakan akan menghasilkan lebih dari satu jenis strain atau variety ikan. Ini adalah disebabkan ikan yang dibiakkan itu bukan merupakan baka tulin. Gen resesif yang dibawa dalam induk akan dimanifestasikan dalam generasi anaknya. Fenomena ini biasa ditemuai dalam pembiakan ikan Diskus, Pelaga, Tiger Barb, Ruby Barb, Flower Horn dan lain-lain. Pemilihan yang teliti adalah sangat diperlukan. Kerja ini adalah rumit, memerlukan kecekapan, pegalaman dan memerlukan masa yang panjang. Jenis-jenis ikan ini akan dipasarkan dengan harga yang berbeza-beza berdasarkan mutu dan permintaan pasaran semasa.

Pemilihan berdasarkan kelainan

Keuntungan yang lumayan mungkin akan diperolehi oleh pembiak ikan yang dapat menghasilkan varieti baru yang mempunyai bentuk unik dan menarik. Ikan yang mempunyai ciri unik seperti albino, kecacatan tulang belakang atau bentuk kepada mungkin dapat menarik perhatian peminat ikan hiasan ganjil yang menawarkan harga ribuan ringgit bagi seekor ikan Contohnya ialah ikan Arowana Albino, Arowana berkepala dua, Flower Horn atau Oskar yang yang mempunyai corak warna tertentu pada padanya dan lain-lain.

Pemilihan berdasarkan warna

Warna memainkan peranan penting dalam menentukan mutu ikan hiasan yang akan dipasarkan. Warna yang paling menarik mendapat harga pasaran tinggi. Dalam industri penghasilan benih ikan Arowana secara besar-besaran faktor ini sangat diambil berat untuk memastikan anak ikan yang dihasilkan mempunyai mutu warna yang menarik. Induk yang dipilih untuk pembiakan adalah dikalangan gred terbaik. Pembiak ikan mengharapkan anak yang dihasilkan dari induk bermutu ini akan diwariskan ke generasi seterusnya. Dalam industri pembenihan ikan Koi juga biasanya pembiak ikan akan cuba memperolehi induk yang telah memenangi pertandingan. Pertandingan ini biasanya dijalankan di negara Jepun.

Sebagai contoh ikan Arowana Merah dan Arowana Emas yang dihasilkan secara pembiakan semula jadi di dalam kurungan akan menghasilkan pelbagai gred anak walaupun induk yang digunakan dari jenis yang terbaik.




Asas pengredan ikan hiasan

Saiz ikan merupakan kriteria penting dalam pengredan ikan. Untuk tujuan eksport saiz ikan perlu diambil kira memandangkan kos pengangkutan adalah tinggi. Oleh kerana itu saiz ikan yang kecil lebih sesuai sesuai dan ekonomik.

Pengredan berdasarkan 3 saiz iatu saiz kecil (S) , sederhana (M) dan besar (L). Gred S dibahagikan lagi kepada double S (SS) dan gred L dibahagikan lagi kepada double L (LL). Sebenarnya pengredan ikan ini adalah sangat subjektif dan lebih dipengaruhi kepada kecenderungan penternak itu sendiri tanpa adanya panduan piawai yang boleh digunakan sebagai rujukan.

Saiz S biasanya digunakan untuk anak-anak ikan yang masih kecil atau saiz ikan itu sendiri adalah kecil. Saiz M merujuk kepada saiz ikan yang masih di peringkat remaja (juvenile). Saiz L pula digunakan kepada ikan yang telah dewasa atau matang. Pengredan ini akan menjadi sangat penting sekiranya pembeli dari luar negara atau tempatan menetapkan spesifikasi tertentu untu membeli. Biasanya ikan yang mempunyai gred L dan mempunyai kualiti terbaik (A) berharga mahal berbanding ikan bersaiz S dan tidak mempunyai kualiti.














Pengredan Ikan Hiasan




Tangki fiberglas yang dipasang kotak dan jaring untuk mengasingkan ikan pelbagai saiz Tangki simen dan tangguk juga digunakan untuk mengred ikan hiasan



Mengred ikan hiasan perlu dilakukan dengan teliti Pekerja sedang melakukan pengredan



Mangkuk kecil digunakan untuk memilih ikan Ikan yang telah digredkan, dibungkus untuk dipasarkan

No comments:

Post a Comment