Wednesday, April 25, 2012

Pengurusan Tenpat Kerja dan Stok


Page 1 of 19        



PENGURUSAN TEMPAT KERJA
 
   

 
 


Modul ini akan memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengurusan am dalam  menjalankan sesuatu projek perniagaan Akuakultur atau Haiwan Rekreasi. Ianya merangkumi pengurusan yang cekap dari segi masa dan stok.Etiak dan budaya kerja yang baik, peraturan dan undang-undang kerja yang patut dipatuhi serta pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam Akuakultur dan Haiwan Rekreasi.

Objektif

Modul ini membolehkan pelajar:
1.            Menghasilkan jadual mengikut jadual kerja yang telah dirancang.
2.            Mengenal pasti etika dan budaya kerja yang baik.
3.            Merekod dan  menyimpan stok secara teratur dan sistematik.
4.            Menyenaraikan undang-undang yang berkaitan dengan pekerjaan.
5.            Mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan amali ternakan Akuakultur dan Haiwan Rekresi.

Kandungan

1.1                Pengurusan Yang Baik.
1.2                Etika Dan Budaya Kerja
1.3                Peraturan Dan Undang-Undang Kerja
1.4                Pemeliharaan Alam Sekitar Dalam Pengurusan Industri.


 
 
 
 

UNIT 1.1 :  PENGURUSAN DI TEMPAT KERJA

 


OBJEKTIF



Pada  akhir  unit ini pelajar boleh;


1.   Menyediakan jadual kerja berdasarkan projek yang hendak dibuat.
2.    Memilih, merekod dan menyimpan stok  yang diperlukan untuk sesuatu projek.
3.    Mengamalkan etika, budaya kerja dan undang-undang  yang berkaitan dengan pekerjaan.
4.    Menerapkan unsur-unsur pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar  dalam bidang usaha.


           
           
           




















MAKLUMAT RUJUKAN


1. Pengurusan Yang Baik

   Apa itu pengurusan?

   Suatu proses di mana pengurus mencipta, mengarah dan menjalankan organisasi yang berguna melalui usaha manusia secara sistematik, berkoordinasi dan bersama.
 


a.    PENGURUSAN MASA
Enam panduan pengurusan masa yang berkesan:

i.      Menyenarai dan menetapkan keutamaan  objektif mingguan.
ii.     Membuat satu senarai “tugas yang perlu dibuat” setiap hari dan 
      menetapkan keutamaan perkara itu.
iii.    Menumpukan perhatian kepada satu perkara pada satu masa.
iv.   Mengendalikan setiap dokumen sekali sahaja.
v.    Menggunakan masa dengan sebaik mungkin.
vi.   Bertindak segera.

b.    PENGURUSAN STOK
          Stok adalah bekalan barang yang disimpan oleh peniaga, pengusaha dan pengeluar  untuk menampung permintaan atau proses pengeluaran. Stok terbahagi kepada dua kategori:
i)     Stok Gerak Pantas             
      Barang-barang yang cepat digunakan seperti  tanah, pasir, bahan organik, cocoa peat  dan baja  kimia.
ii)       Stok Gerak Lambat             
Barang-barang yang kegunaannya secara perlahan seperti  kimia beracun, beg politena, pasu dan kapur.
 
































c.    LANGKAH PENGURUSAN STOK

 i. Menyimpan stok


Stok gerak pantas perlu disimpan dengan lebih banyak bekalannya. Peniaga perlu menyemak baki stok dan membuat tempahan dengan  pembekal secepat mungkin. Barang kawalan perlu disimpan mengikut kuantiti yang dibenarkan. Bekalan perlu mengikut keperluan dan  elakkan   menyimpan terlalu banyak   stok kerana ia akan menyebabkan ruang penyimpanan sesak dan modal   terikat pada stok. Susun stok mengikut jenis. Periksa keadaan stok untuk memastikan stok dalam keadaan baik dan selamat.

 

ii. Menyediakan stok

      Sediakan stok dalam unit-unit yang kecil dan bungkus dengan rapi. Pastikan stok berada dalam keadaan  baik dan selamat.

iii. Menyusun stok

      Diperagakan dengan baik dan sempurna supaya senang dilihat dan diambil apabila diperlukan.  Penyimpanan stok mestilah di tempat yang betul mengikut jenis stok.  Stok gerak pantas perlu disusun di tempat yang mudah diambil.



                                                                                               
 
























1.    Stok perlu direkod secara teratur dan kemas.
2.    Butir-butir mengenai pembekalnya juga perlu direkod supaya mudah untuk menghubunginya apabila stok  habis.
3.    Stok direkod berdasarkan beberapa maklumat yang boleh didapati dari dokumen perniagaan seperti berikut :
a.      Borang pesanan
b.      Nota serahan
c.      Invois    









  1. Borang pesanan
Dokumen ini digunakan oleh pembeli untuk membuat pesanan kepada pembekal.















 

 

 

 

 








Contoh : borang pesanan






b.    Nota Serahan

Dokumen ini dihantar oleh penjual kepada pembeli bersama-sama  dengan barang yang dipesan.  Pembeli  perlu  menandatangani dokumen ini sebagai tanda penerimaan  barang.


NOTA SERAHAN
                                                                                                                        No. SL 9025-Z

Muncho de Niro Sdn. Bhd.
No. 100, Jalan Semarak
59100 Kuala Lumpur
Tel  : 03-25440192

                                                                                    Tarikh : 27 Januari 2002

 Syarikat Adi Putra Jaya                       
 70, Jalan Abu Bakar Saddiq
 Seksyen 23/2A
 40000 Shah Alam
 Selangor Darul Ehsan

 No. pesanan : MD 9671/2002

 Sila terima :

No. Kod Item
Keterangan
Kuantiti
LN  631
Baja NPK
2 beg
LN  632
Beg politena
5 beg
LN  633
Racun rumpai
5 botol (7 lit)

 Angkutan  : kenderaan pembekal
 Sebarang kekurangan patut diberitahu dalam tempoh 7 hari

 Diterima dengan baik


…………………………..                                                                  ………………………..

(Penerima)                                                                                                    (Pengurus)
 






























Contoh : Nota Serahan



  1. Invois   
Dokumen  yang  menunjukkan barang-barang yang telah dibeli oleh                         pembeli dan jumlah hutang yang perlu dibayar.  Dokumen ini  penting dalam     urusniaga kredit.  Disediakan oleh pembekal dan ia akan dihantar kepada  pembeli setelah pembeli menerima barangan pesanannya.   Istilah K. & K. di K. merujuk kepada Kesilapan dan Ketinggalan di Kecualikan bagi membolehkan pembekal      membetulkan kesilapan   dalam invois.
  
INVOIS
                                                                                                            No. SL 9025-Z
Muncho de Niro Sdn. Bhd.
No. 100, Jalan Semarak
59100 Kuala Lumpur
Tel :  03-25440192

                                                                        Tarikh :  31 Januari 2002
 Syarikat Adi Putra Jaya                       
 70, Jalan Abu Bakar Saddiq
 Seksyen 23/2A
 40000 Shah Alam
 Selangor Darul Ehsan

No. pesanan : MD 9671/2002
Kuantiti
Keterangan
Harga seunit
Jumlah
2 beg
Baja NPK
RM   30.00
RM   60.00
5 beg
Beg politena
RM   20.00
RM 100.00
5 botol (7 lit)
Racun rumpai
RM   40.00
RM 200.00

Kurang diskaun niaga 10%

RM    36.00
JUMLAH
RM  324.00

[Ringgit Malaysia:  Tiga ratus dua puluh empat sahaja]
Syarat bayaran:  5% 30 hari
K. & K. di K.                                                                            ………………………………                                                                                                   [Pengurus]

Contoh Invois




iv. Merekod stok
     Semua stok perlu direkodkan dengan teratur dan kemas.  Butir-butir mengenai  pembekalnya juga perlu direkod  supaya mudah untuk  merekod stok ke  dalam buku stok atau kad inventori.


Bahan:  Baja NPK

Tarikh:
Terima daripada /
keluar kepada
Kos
seunit
Masuk
Keluar
Baki
Catatan
31.1.02
Muncho de Niro
RM 30.00
2 Beg.
-
2 Beg.





































Bahan:  Beg Politena

Tarikh:
Terima daripada /
keluar kepada
Kos
seunit
Masuk
Keluar
Baki
Catatan
31.1.02
Muncho de Niro
RM 20.00
5 beg.
-
5 Beg.






































                                         
 










 





 Bahan:  Racun Rumpai

Tarikh:
Terima daripada /
keluar kepada
Kos
seunit
Masuk
Keluar
Baki
Catatan
31.1.02
Muncho de Niro
RM40.00
5 botol
-
5 Botol.




































 



Contoh Buku Stok atau Kad Inventori



UNIT 1.2 : ETIKA DAN BUDAYA KERJA


ETIKA DAN BUDAYA KERJA



1)         ETIKA KERJA
             
Definisi:     Disiplin dan sikap terhadap kerja,  menepati waktu, amanah, produktif, akauntabiliti, patuh pada peraturan dan undang-undang yang menjadi pegangan semasa menjalankan kerja.

Amalan :    Menepati waktu, amanah, produktif, akauntabiliti, patuh pada peraturan dan undang-undang yang menjadi pegangan semasa  menjalankan kerja.


2)         BUDAYA KERJA

Definisi :    Cara peradaban yang menjadi amalan semua pekerja dalam sesebuah organisasi.

Amalan :    Kerja kuat dan ‘smart’, bertanggungjawab dan setia kepada organisasi, komited dengan tugas, bangga dan seronok dengan tugas, bersedia untuk berubah ke arah positif, berani, hormat menghormati, bersedia membantu rakan sekerja dan menerima bantuan dan ada semangat kerja berpasukan.

NOTA:    Etika dan budaya kerja perlu diterapkan kepada pelajar  pada  
setiap masa supaya menjadi amalan dalam  kehidupan harian dan   semasa di alam pekerjaan.












UNIT 1.3 : PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KERJA


PERATURAN DAN  UNDANG-UNDANG KERJA



Terdapat beberapa peraturan dan undang-undang kerja yang perlu diketahui dan dipatuhi.  Di antaranya:

1)            Akta Pekerjaan 1955
2)            Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991
3)            Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969


1)         AKTA PEKERJAAN 1955

Ia mengandungi peruntukan-peruntukan tentang hak dan tanggungjawab majikan dan pekerja.
Akta ini merupakan undang-undang utama tentang:

PENGGAJIAN

Ø  Tempoh Gaji Dibayar
Tidak lewat dari 7 hari selepas berakhirnya tarikh penerimaan gaji.  Contoh:  Pembayaran gaji  setiap bulan ialah  pada 25 haribulan.  Majikan perlu membayar gaji tidak melebihi 7 hari dari tarikh yang ditetapkan. 

Ø  Pendahuluan Gaji
Pendahuluan gaji boleh dibuat beberapa kali setahun apabila tiba musim perayaan.  Jumlah maksimum yang boleh dibayar bersamaan dengan jumlah gaji yang layak diterima oleh pekerja untuk tempoh sebulan.







Ø  Potongan Dari Gaji
Potongan gaji oleh majikan boleh dibuat dalam beberapa keadaan.  Jumlah maksimum gaji bulanan yang boleh dipotong tidak melebihi 50% gaji bulanan.  Contoh potongan seperti:
·         Gaji terlebih bayar akibat kesilapan majikan
·         Potongan kerana pelanggaran kontrak perkhidmatan
·         Potongan yang dibenarkan oleh undang-undang seperti KWSP, PERKESO dan cukai pendapatan.


TEMPOH WAKTU KERJA

Secara umumnya seorang pekerja itu tidak boleh bekerja:
·         Lima jam secara berterusan tanpa  tempoh rehat tidak kurang dari jangkamasa tiga puluh minit (bagi yang bekerja selama lapan jam, tempoh rehat  sementara adalah tidak kurang dari 45 minit);
·         Lebih dari lapan jam sehari;
·         Lebih tempoh sepuluh jam sehari; (kerja lebih masa tidak boleh melebihi 10 jam sehari).
·         Lebih dari empat puluh lapan jam seminggu.


HARI REHAT

Setiap pekerja berhak mendapat sekurang-kurangnya 1 hari rehat  dalam seminggu.


CUTI TAHUNAN

Cuti tahunan bergantung kepada jangkamasa perkhidmatan yang telah ditentukan oleh majikan.








CUTI SAKIT 

Seseorang pekerja berhak mendapat cuti berbayar ketika beliau sakit setelah mendapat pengesahan daripada pengamal perubatan berdaftar yang dilantik dengan sempurna oleh majikan.  Hak terhadap cuti sakit bagi setahun bergantung kepada tempoh perkhidmatan sebagaimana yang dinyatakan oleh Seksyen 60F (a) iaitu sekiranya pekerja tidak perlu dihospitalisasi;
·         Empat belas hari kesemuanya setiap tahun kelendar jika pekerja telah bekerja selama kurang daripada dua tahun;
·         Lapan belas hari kesemuanya setiap tahun kelendar jika pekerja telah bekerja selama dua tahun atau lebih tetapi kurang daripada lima tahun;
·         Dua puluh hari kesemuanya setiap tahun kelendar jika pekerja telah bekerja selama lima tahun atau lebih; atau
Menurut Seksyen 60F (b) , sebanyak enam puluh hari kesemuanya setiap tahun kelendar jika hospitalisasi adalah perlu dan sebagaimana yang diperakukan oleh pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan tersebut.


PENAMATAN KERJA

Penamatan kerja boleh dilakukan dalam dua keadaan:

i)              Penamatan  Melalui Notis

Mana-mana pihak (majikan dan pekerja) boleh menamatkan kontrak perkhidmatan secara bertulis:
-          Empat minggu notis diberikan jika  bekerja selama kurang daripada 2 tahun
-          Enam minggu notis diberikan jika bekerja selama dua hingga lima tahun.
-          Lapan minggu notis diberikan jika bekerja lebih  daripada lima tahun.







ii)             Penamatan Tanpa Notis

Mana-mana pihak (majikan dan pekerja) boleh menamatkan kontrak perkhidmatan dengan segera atau serta-merta tanpa notis dengan membayar tanggung rugi pada pihak yang satu lagi dalam jumlah upah yang sepatutnya diberi.
Contoh:  Jika pekerja ingin berhenti  tanpa notis, beliau perlu membayar balik  tanggung rugi pada kadar sebulan gaji kepada majikan dan begitulah sebaliknya.


KERJA LEBIH MASA

Seseorang pekerja yang bekerja lebih daripada masa yang ditetapkan, beliau layak untuk diberikan upah tambahan.


2)         AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1991

Majikan dan pekerja yang telah bekerja selama satu bulan tanpa  berhenti adalah wajib untuk mencarum kepada KWSP.  Kadar caruman berubah dari masa ke semasa, pada masa ini kadar caruman yang ditetapkan ialah 12% bagi majikan dan 11% bagi pekerja.  Adalah menjadi kesalahan jika majikan dan pekerja tidak mencarum  dengan KWSP.


3)         AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA 1969

Akta ini ditadbir oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bertujuan melindungi pekerja-pekerja berinsurans terhadap kejadian luar jangka seperti kemalangan perusahaan, penyakit khidmat ilat dan kematian semasa menjalankan tugas.  Majikan perlu mendaftarkan pekerja sebagai ahli dalam PERKESO dan membayar caruman bulanan.  Adalah menjadi kesalahan kepada majikan jika tidak mendaftarkan pekerjanya di bawah skim ini.



UNIT : 1.4  PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR DALAM PENGURUSAN INDUSTRI

PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR DALAM PENGURUSAN INDUSTRI



A)        KONSEP ALAM SEKITAR
1.    Alam sekitar adalah segala yang terdapat di sekeliling manusia merangkumi aspek-aspek fizikal  dan juga sosio-budaya masyarakat.
2.    Elemen-elemen alam sekitar:

·         Alam sekitar fizikal seperti air, udara, tanah dan bahan galian
·         Alam sekitar biologi merupakan elemen-elemen bernyawa yang terdiri daripada haiwan dan tumbuhan
·         Alam sekitar sosial merangkumi keseluruhan sistem sosial seperti kebudayaan dan sistem politik
·         Alam bina ialah alam yang telah dibangunkan oleh manusia untuk mencapai tujuan tertentu seperti kawasan perbandaran, kawasan penempatan, kawasan perindustrian dan kawasan pertanian.

B)  PERANAN INDUSTRI DALAM MELINDUNGI ALAM SEKITAR:

1.    Menghormati dan mematuhi undang-undang berkaitan dengan alam sekitar seperti “Environment Impact Assessment” (EIA) sebelum memulakan sesuatu projek
2.    Mengurangkan pembuangan sisa-sisa industri
3.    Mewujudkan cara-cara memproses barangan yang lebih efisien misalnya mengurangkan penggunaan tenaga dan bahan-bahan pembungkusan
4.    Mematuhi piawai antarabangsa dalam pengeluaran dan penyimpanan bahan-bahan kimia yang bahaya dan toksik
5.    Mewujudkan dasar-dasar yang mementingkan pemeliharaan kemanusiaan dan alam sekitar.





C)   UNDANG-UNDANG PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974
Akta ini adalah bertujuan untuk memelihara kualiti alam sekitar.  Di antaranya:

·         mengawal pencemaran air
·         menyelaras aktiviti pelupusan bahan  buangan
·         mengawal pencemaran udara

D)   KESAN  MENGABAIKAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR


1.    Ancaman fizikal/geomorfologi terhadap kehidupan manusia seperti gangguan sistem saliran yang mengakibatkan banjir, tanah runtuh, kebakaran, pencemaran udara dan mendapan tanah
2.    Terdapat berbagai faktor iklim yang boleh mempengaruhi dan memberi ancaman kepada kehidupan manusia seperti kemarau, banjir, ribut, hujan batu dan salji
3.    Wabak penyakit memang terkenal sebagai ancaman kepada manusia jika gagal dikawal.  Antara wabak penyakit yang merbahaya ialah taun, malaria dan penyakit-penyakit epidemik lain.

















PANDUAN KERJA


BAHAN DAN PERALATAN
Buku stok, borang senarai semak, borang soal selidik, invois dan kertas A4.

TUGASAN
1.    Penyediaan jadual kerja.
2.    Memilih, merekod dan menyimpan stok.
3.    Mengisi senarai semak mengenai etika dan budaya kerja.
4.    Menyenaraikan akta-akta yang berkaitan dengan pekerjaan.
5.    Melengkapkan borang soal selidik tentang pemuliharaan alam sekitar di kawasan industri.

PENCAPAIAN STANDARD


1.    Mengisi dan melengkapkan jadual kerja dengan tepat mengikut peruntukan masa yang ditetapkan.
2.    Merekod stok yang diterima dengan betul ke dalam buku stok atau kad inventori berpandukan invois.
3.    Menganggarkan stok yang hendak dibeli untuk sesuatu projek dengan mengambil kira dua jenis stok iaitu stok gerak cepat dan stok gerak lambat.
4.    Mengenal pasti dan mengamalkan etika dan budaya kerja yang baik.
5.    Menerangkan secara ringkas akta kerja yang terdapat dalam bidang pekerjaan.
6.    Membuat inferens kesan pencemaran alam sekitar.










JADUAL KERJA

1.    Menyediakan jadual kerja pembiakan ikan hiasan 
BIL.
AKTIVITI
MINGGU
1
2
3
4
5
6
7
8
9

1.

Membersihkan kawasan
Kolam/ peralatan
/









2

Membuat rawatan air penyediakan makanan ikan


l







3.
Memilih induk jantan dan induk betina.

l









4.
Memasukan induk jantan dan induk betina.


l






5.
Proses pembiakan



/





6. 
Penjagaan anak





l




7.


Memungut  rega/ anak






/
/















2.    Merekod stok ke dalam buku stok/kad inventori.


Bahan: __________________

Tarikh:
Terima daripada /
keluar kepada
Kos
seunit
Masuk
Keluar
Baki
























































Bahan: ___________________

Tarikh:
Terima daripada /
keluar kepada
Kos
seunit
Masuk
Keluar
Baki
























































Bahan: _____________________

Tarikh:
Terima daripada /
keluar kepada
Kos
seunit
Masuk
Keluar
Baki























































 






































PENILAIAN



1.    Beri dua panduan pengurusan masa yang berkesan.
a.    ___________________________________________________ _[3 markah]
b.    ___________________________________________________ _[3 markah]

2.    Nyatakan dua kategori stok.
a.    ____________________________________________________ [2 markah]
b.    ____________________________________________________ [2 markah]
3.    Nyatakan dua jenis dokumen perniagaan yang digunakan.
a.    ____________________________________________________ [2 markah]
b.    _____________________________________________ _______[2 markah]
3.    Senaraikan akta-akta yang berkaitan dengan pekerjaan.
i.      _____________________________________________________[2 markah]
ii.     _____________________________________________________[2 markah]
iii.    _____________________________________________________[2 markah]
4.    Nyatakan dua bentuk pencemaran alam sekitar
a.    _____________________________________________________[3 markah]
b.      _____________________________________________________[3 markah]